HAi..
Hari ni saya nak cuba suruh orang rumah masak stim ikan keli. Kepada yang lain pun boleh cuba tengok kot kot ikan keli ni sedap di masak stim..
Ikan keli masak stim
1-> 3 ekor ikan keli
2-> 3 Biji Tomato
3-> 1/3 Biji Nenas di potong labu
4-> 3 keping - Asam Keping
5-> Serbuk Lada Hitam
6-> 4 Batang Serai - di Titik
7-> 4 Sudu Besar Sos Tiram
8-> Bawang Besar di potong dadu
9-> 1/2 inchi Halia
10->4 Helai Daun Limau Purut
11-> 10 Biji Cili Api (bergantung siapa yang suka pedas)
12-> 2 Cawan Air
13-> Garam dan gula secukup rasa
Cara Masak:Masukkan semua bahan kecuali ikan dalam kuali. 5 minit kemudian masukkan ikan dalam kuali - tutup dan biarkan sehingga 30 minit.
Selamat mencuba...
Monday, November 17, 2008
Monday, November 3, 2008
Tiga Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Di Rumah
TIGA RAHSIA MENCARI WANG YANG BANYAK DIRUMAH
Peluang Membina Kehidupan Yang Lebih Cemerlang.
Ramai orang menganggap mencari wang untuk disimpan atau dilaburkan sebagai satu masalah besar. Tetapi kita sepatutnya melihat masalah ini sebagai satu peluang, bukannya sebagai satu halangan. Peluang ini datang dalam tiga bentuk :
Mengamalkan tabiat berjimat cermat
Mengurangkan perbelanjaan
Menambah pendapatan
Bagi orang- orang yang bermotoivasi, objektif-objektif ini mudah dicapai tanpa mengira had umur, kemahiran dan kelayakannya. Mari kita kaji satu persatu :
1. Mengamalkan tabiat berjimat cermat
Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila sahaja anda menerimanya. Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk anda memboroskannya bila anda mendapatnya.
Sebaiknya wang itu dimasukkan ke dalam akaun yang tidak mudah dikeluarkan. Wang ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.
Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang!
Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan. Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang anda perolehi.
Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak lagi.
2. Mengurangkan perbelanjaan
Kita selalunya membelanjakan wang untuk banyak perkara. Ada di antaranya memang perbelanjaan perlu seperti sewa rumah dan membeli makanan serta membayar bil-bil dan juga membeli pakaian. Banyak juga diantaranya adalah tidak benar-benar perlu tetapi kita libatkan juga seperti perbelanjaan berkaitan kereta, barang hiasan rumah dan ada juga di antaranya belanja untuk keperluan mewah yang sama sekali tidak diperlukan atau digunakan dan sebenarnya kita boleh ketepikan perkara tersebut.
Rahsia mengurangkan perbelanjaan ialah dengan cara menilai semula keseluruhan perbelanjaan dan memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan, dan yang boleh dielakkan tanpa menjejaskan mutu hidup anda. Bukan tidak boleh melancong atau makan di luar, tetapi ada baiknya masa yang ada itu digunakan untuk merancang kewangan anda.
Terdapat juga perbelanjaan yang tersembunyi, contohnya anda boleh menjimatkan penggunaan gula dan mengurangkan merokok. Dengan cara ini sebenarnya tanpa anda sedari bahawa anda boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit setahun. Antara perkara yang boleh dijimatkan perbelanjaannya ialah seperti berikut :
Rumah Sewa
Pindah ke rumah yang harga sewanya lebih murah, atau berkongsi menyewa atau membeli rumah sendiri kerana ianya lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang.
Kad kredit
Bayarlah secepat mungkin untuk mengelakkan bertimbunnya bunga. Atau yang lebih baik, tidak memilikinya jika tidak ada keperluan yang mendesak.
Kelengkapan Rumah
Gas, eletrik, minyak atau bahan api patut digunakan dengan jimat. Ringkaskan perbualan telefon anda, dan anda juga boleh membuat panggilan pada waktu malam kecuali untuk kecemasan. Panggilan pada waktu malam atau diluar puncak adalah menjimatkan kerana kosnya lebih murah.
Makanan
Membeli banyak sekaligus adalah lebih murah. Beli dari pasar minggu atau pasaraya borong. Kurangkan makan yang berlemak yang biasanya lebih mahal. Sebaliknya makanlah makanan yang berkhasiat tetapi lebih murah. Jika di tempat kerja anda mempunyai kantin, bolehlah makan di kantin dan kurangkan makan di luar. Begitu juga minuman, jika anda kerap membeli mineral water lebih baik anda membeli penapis air. J Membeli pati jus adalah lebih murah berbanding daripada air yang siap dibancuh.
Pakaian
Membeli baju yang berkualiti dan tahan lama adalah lebih baik dari terlalu kerap membeli baju yang murah tetapi mudah rosak.
Kereta
Jika jarang menggunakannya tidak payah membelinya. Jika selalu menggunakannya, belilah model yang ekonomik. Servis dan baiki sendiri apa-apa yang mudah. Basuh sendiri kereta anda. Selalulah mengetahui harga membaiki kereta dan harga komponennya.
Percutian
Amalkan pergi bercuti di tempat yang dekat dan lebih murah perbelanjaannya.
Diatas adalah contoh pengorbanan kecil yang dapat membantu dan menjimatkan banyak wang anda. Ia tidak akan menjejaskan kualiti hidup anda pada masa sekarang tetapi memberi banyak faedah untuk kemewahan pada masa hadapan.
3. Menambahkan Pendapatan
Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar mana.
Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk meningkatkan pendapatan ialah mengenalpasti dengan tepat apakah yang anda suka buat dan anda boleh melakukan perkara tersebut dengan baik.
Setiap orang mempuinyai kebolehan, biasanya mereka ada satu atau dua kebolehan utama atau lebih lagi dan beberapa (bakat) kecil. Kebolehan menzahirkan bakat ini penting untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan anda.
Jika anda mampu menzahirkannya dalam persekitaran perniagaan, sudah tentu ia boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan. Banyak contoh yang boleh diberikan. Contohnya jika anda bagus menggunakan tangan, J cuba anda fikirkan membuat kerja sambilan dengan membaiki sesuatu.
Anda juga boleh melakukan kerja plumbing atau berkenaan paip, jam, radio atau komputer. Sekiranya anda minat berkebun, cuba manfaatkan hobi ini dengan menawarkan khidmat kepada orang lain, seperti membuat landskap, menjual sayur-sayuran kepada orang lain, buah-buahan, benih dan sebagainya juga boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan.
Sekiranya anda suka bercakap dan berjumpa orang ramai, anda mungkin boleh menjual sesuatu. Anda boleh melibatkan diri dalam jualan langsung, atau mangajar, atau menjual insuran. Apa sahaja minat atau kemahiran, jika anda mahir anda boleh mengajarnya kepada orang lain, sama ada secara bebas atau secara formal.
Jika anda tidak minat untuk menjadi usahawan, anda boleh bekerja tambahan di organisasi yang berkaitan dengan hobi dan minat anda. Untuk berjaya memang sangat penting jika anda membuat sesuatu yang anda suka. Jika tidak, sudah tentu sukar untuk mendapat hasil yang baik, kerana biasanya selepas seharian bekerja kita akan merasa penat dan letih. Jika selepas itu terpaksa pula membuat sesuatu kerja tambahan yang tidak disukai, sudah tentu kerja tersebut tidak dapat dilakukan dengan baik dan tidak akan bertahan lama, walau berapa bagus pun motifnya.
Anda hanya akan berjaya pada kerja-kerja yang anda suka, di mana ia menggunakan bakat semulajadi anda dan membolehkan anda menyalurkan ke arah yang menguntungkan. Ramai orang yang berfikir hanya sebahagian industri atau sektor sahaja yang menguntungkan, sebenarnya anda boleh berjaya walau dalam apa sahaja bidang. Ini boleh dibuktikan oleh jutawan-jutawan yang telah mengalaminya.
Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan idea atau peluang lebih baik mencari dua rakan dan duduk bersama, ambil kertas kosong dan catitkan semua idea yang difikirkan. Tidak kira walau bagaimana pun idea itu.
Jangan dikritik semua idea yang diberi, selepas itu barulah idea itu ditapis dan dikaji serta dianalisis sehingga satu penyelesaian dapat diwujudkan. Tidak kira berapa lama pun masa yang anda ambil, mungkin satu atau dua hari, seminggu dua atau sebulan dua, asalkan sahaja ianya tidak diperam begitu sahaja. Ini biasa berlaku, kerana bila kita ada idea tetapi tidak membuat sebarang tindakan akhirnya selepas bertahun-tahun kita tetap berada di takuk lama.
Yang malang pula ialah apabila ada orang lain yang telah melaksanakan idea yang pernah kita fikirkan dahulu. Anda juga boleh melakukannya seorang diri, cari tempat sunyi atau anda bangun di awal pagi selepas solat subuh, anda janganlah tidur. Ia boleh dilakukan di hujung minggu atau hari cuti. Lupakan masalah seharian dan tenangkan fikiran, adalah lebih baik bagi anda untuk sembahyang tahajud di tengah malam. InsyaAllah anda mudah mendapat ilham dan membuka minda separuh sedar anda sebelum ini.
Demikianlah mengenai rahsia mencari banyak wang, ianya dalah satu usaha yang bersepadu atau bergabung. Satu usaha akan menguatkan usaha yang lain. Penulis juga ingin menambah bahawa perkara-perkara di atas perlu disokong dan ditambah dengan perkara-perkara yang digalakkan oleh agama seperti berdoa, sedekah, zakat, menolong orang, bersolat dan sebagainya.
Ini perlu kerana setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, dan semua usaha hanyalah datang dengan berkat dan rahmat dari Allah. Kita juga harus bertawakkal, dan sebagai orang beriman kita harus sentiasa redha dan mengkaji setiap kebaikan dan keburukan. Mudah-mudahan Allah akan memberi rezeki yang melimpah kepada kita. Bila ada banyak wang, banyak pula kebaikan yang boleh dilakukan

Friday, October 24, 2008
Happy Deepavali
Oklaahhh..
Sempena deepavali ni saya nak ucapkan selamat menyambut deepavali kepada kaum india di seluruh malaysia.
Sudah 4 hari keli yang saya lepaskan di dalam kolah di beri makan palet. Dan Alhamdullilah semuanya masih bernyawa. Pagi ni saya tengok semuanya cergas. Kuat jugak keli ni makan palet . Sekali saya campak palet dalam anggaran 1 gelas. tak sampai 30 saat abis. Yang saya risaukan sekarang ni anak jejiran dah mula nak tahu aper yang ader di dalam kolah. Saya terpaksa main nyorok nyorok coz takut anak jiran ni nampak.

Tuesday, October 21, 2008
Selamat Hari Raya
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat islam.Pada sesiapa yang nak puasa enam hari tu ader lebih kurang 8 hari lagi untuk anda berbuat demikian termasuk la diri ini.
Raya hari tu saya balik ke kampung orang rumah di pendang kedah . Ambik cuti dalam 7 hari dan smpatlah pergi ke sawah . Rasa nya orang kedah ni kurang makan ikan air tawar coz saya tengok kat sawah sawah takder pun orang gi mancing or tangkap ikan guna jala ker.Kalau kat selangor ni pantang jer ada lombong terbiar . Berduun orang duk tebar or memancing.
Oklah .. first time posting di blog sendiri . Di pendekkan cerita pada jam 10.00 malam 22hb October saya telah melepaskan hampir 250 ekor anak keli 3-4 inci ke kolah 10 kaki x 5 kaki.Terima kasih kepada encik Zaini yang sudi menjual anak beih kelinya. Dan pagi ni terasa seronok sangat coz dapat bagi ikan keli tu makan
Sekian untuk hari ni

Subscribe to:
Posts (Atom)